Rabu, 6 Mei 2009

TAHNIAH UMNO DAN PAS TELAH BERSATU!!!

Tahniah kepada pemimpin UMNO dan PAS, kedua-dua parti ini telah bersatu dan Melayu menjadi kuat. Ini berlaku selepas berlakunya trajedi 13 Mei. Hasil dari penyatuan ini pada pilihanraya ke empat pada 24 Ogos 1974 telah membuktikan apabila Melayu bersatu dan menjadi kuat, parti-parti dari bangsa lain pun turut serta untuk mengikut bahtera UMNO-PAS.

Pada pilihanraya 1969 UMNO memiliki hanya 52 kerusi dan PAS memiliki 12 kerusi di dalam Parlimen. Pada ketika itu Parlimen memiliki 144 kerusi. Walaupun pada ketika itu UMNO dan PAS tidak bergabung, pada amnya Melayu hanya memiliki 64 kerusi (kerusi UMNO + PAS)sahaja. Penguasan suara Melayu hanya 44% sahaja di dalam Parlimen. Perbezaan kerusi antara Perikatan dan Pembangkang ialah 4 kerusi.

Dalam pilihanraya pada 24 Ogos 1974, UMNO dan PAS berada di dalam satu pasukan bersama-sama dengan komponen BN yang lain. Semua kerusi yang di pertandingkan oleh UMNO dan PAS 100% menang di peringkat Parlimen. Tiada kerusi yang kalah dari UMNO dan PAS. UMNO bertanding sebanyak 61 dan PAS bertanding 14 kerusi. Jumlah kerusi UMNO dan PAS ialah 75 kerusi daripada 154 kerusi dalam Parlimen.

Penguasan kerusi Melayu ialah 48.7% dan Barisan Nasional menguasai 135 kerusi manakala pembangkang memperolehi 19 kerusi. Keadaan ini lebih selamat jika di bandingkan dengan tahun 1969.

Momentum penyatuan Melayu yang berlaku pada pilihanraya 1974 sepatutnya di kembangkan lagi. Melayu perlu bersatu jika ingin Agama Islam selamanya menjadi Agama Persekutuan. Melayu perlu bersatu jika mahu hak-hak dan Keistimewaan Raja-Raja Melayu dan Bangsa Melayu terus tercatat di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Apakah yang dapat kita pelajari dan mengisafi dari keadaan politik Melayu sekarang? Sejak 52 tahun Merdeka, perwakilan Melayu di dalam Parlimen adakah semakin kuat atau makin longgar? Ini bukan soal perkauman. Perkaumankah jika Melayu membicarakan nasib bangsanya sendiri? Kita juga bukan bersifat perkauman apabila kita mendedahkan kebimbangan kita mengenai nasib bangsa kita di bumi tumpah darah kita sendiri.

Kita bukan hendak merampas atau merompak apa yang di miliki oleh kaum-kaum lain. Kita mempertahan hak kita sebagai bangsa dari Tanah Melayu. Percayalah, kesejahteraan di bumi bertuah ini tidak akan wujud sekiranya ada pihak cuba membelangkangi kepentingan Melayu demi kepentingan diri.

Bangsa Melayu yang banyak mengalah kepada kaum-kaum lain. Ambil contoh, mana ada kawasan majoriti bangsa cina contohnya di tandingi oleh kaum Melayu. Tetapi kawasan majoriti Melayu banyak di tandingi oleh kaum-kaum lain. Itu dari sudut kerusi politik. Ekonomi, siapa paling kaya di Malaysia? Ada orang Melayu dengki dan pergi merompak jutawan itu?

Melayu harus sedar, ada kawasan tidak perlu undi Melayu untuk sesuatu parti itu untuk menang. Wahai Melayu UMNO, PAS, DAP, GERAKAN dan PKR bersatulah untuk kepentingan bersama demi kenikmatan bersama kepada semua.

Kerana mengharapkan dan di janjikan bantuan ketenteraanlah Seberang Perai jatuh ke tangan British. Kepada Melayu semua jangan mudah terpedaya dengan janji-janji manis. Kita pun jangan lupa, pembunuh Birch, Mat Kilau, Tok Gajah dan lain-lain ialah bangsa Melayu bukan dari keturunan Lim Guan Eng atau Ngeh. Bangsa lain tidak terlibat dalam perjuangan menentang penjajah. Mereka hanya terlibat dalam RUNDINGAN KEMERDEKAAN sahaja.

Melayu kena matang berpolitik! Agama Islam sebagai agama persekutuan, hak-hak keistimewaan orang Melayu, Raja-Raja Melayu dan sebagainya boleh di ubah. Ini lebih-lebih lagi apabila bukan Melayu menguasai 2/3 dari kerusi Parlimen walaupun Melayu menjadi PM. Ini yang patut kita sedar dan bergerak untuk menghalang ini berlaku.

Orang Melayu kena belajar dari sejarah. Sejarah ialah guru yang benar. Melayu kena jadi hebat. Tun Dr Mahathir di hormati oleh dunia luar kerana kehebatannya walaupun ada segelintir Melayu tidak mengiktiraf beliau. Mana ada Melayu yang berani seperti Tun Dr Mahathir, contohnya sewaktu beliau berkata 'Buy British Last'. Beliau berkata bukan di Alor Setar atau pun di Sik atau di Kota Bahru. Beliau berkata di negara British.

Melayu kena hebat dalam semua bidang. Ini tidak termasuk di dalam bidang REMPIT, penyalahgunaan dadah dan sebagainya.

Bangunlah bangsa ku untuk menjadi hebat demi maruah bangsa. Apabila kita hebat, orang lain akan menjadi pengikut kita.

3 ulasan:

  1. Jika penyatuan Melayu berlaku, Melayu ada jaminan di atas bumi tumpah darahnya sendiri.
    Amat malang sekali ada pemimpin Melayu bercakap mengenai kesamaan hak. Sedarlah wahai Melayu semua, apa yang di miliki oleh Melayu sekarang adalah hasil perjuangan Melayu terdahulu.
    Islam menjadi Agama Persekutuan hasil perjuangan Tunku Abdul Rahman dari UMNO. Pada ketika itu tiada siapa yang memberi cadangan kepada Suruhjaya Reid untuk memasukan Agama Islam menjadi Agama Persekutuan.
    Fahamilah dengan sedalam-dalamnya apabila Melayu adalah Islam dalam Perlembagaan Persekutuan. Carilah di mana-mana perlembagaan negara lain, yang sesuatu bangsa tumpah darah tempat itu di lindungi sebegitu rupa. Bagaimana Melayu di lindungi dari untuk tukar agama.
    Parti Islam SeMalaysia. Satu-satunya parti dalam dunia yang punyai nama ISLAM. Adakah parti-parti pemerintah lain di negara Islam itu parti bernama Islam seperti PAS?

    BalasPadam
  2. Sisingamangaraja Gorgor7 Mei 2009 pada 1:54 PTG

    Kalo dulu Tun kate "Buy British Last"...~

    Skarang neh kite "Buy Malay & Muslim First" lak...~

    Tuh "the basic way" nak bangun...~

    BalasPadam
  3. Salam Ziarah.....

    Satu kupasan yang boleh menyedarkan kepada yg mahu sedar dan gelap pekat kpd yang menolak fakta ini.....

    BalasPadam

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab di atas ulasan yang tidak menyenangkan atau mengutuk mana-mana individu. Sebarang maklumat,pandangan,cadangan,komen dan artikel adalah diluar kawalan yang ampunya blog.Yang ampunya blog tidak akan bertanggung jawab dan menafikan segala sensitiviti bahan-bahan tersebut.