Selasa, 28 April 2009

Najib dan Muhyidin dan mula, yang lain bila lagi?

Dato Seri Najib dan Tan Sri Muhyidin dah mula turun padang dan merasai sendiri masalah rakyat, menteri-menteri lain dan AJK Bahagian UMNO masih nampak ke arah ini lagi. Atau mereka tidak mendapat liputan media.
Sesungguhnya apa yang penting pengadil-pengadil kepada jentera kerajaan iaitu RAKYAT ialah ingin melihat sesuatu dalam bentuk perbuatan.

Perbuatan dari segi 'DELIVER'. Bukan hanya untuk mendapat data atau input sahaja. Tindakan ke atas maklum balas itulah yang pengadil nak lihat dan dapat di manfaati
'Barang baik tidak perlu kata-kata indah'. Bila tugas dan tanggungjawab di laksanakan dengan baik dan berkualiti, bila nak sampai pilihanraya umum tidak perlu kempen teruk-teruk.

'COMMIT MEAN DELIVER', inilah antara yang perlu kerajaan buat. Jangan sampai pengadil-pengadil mengungkapkan segala perancangan kerajaan sebagai JANJI POLITIK. Kenapa perkataan JANJI POLITIK di gunakan. Janji, sesuatu yang mesti di tunaikan. Apabila bercantum dengan politik menjadi JANJI POLITIK, seoalah-olah ianya sebagai pemanis di bibir sahaja. Ia juga boleh di gambarkan bahawa tahap keyakinan yang rendah terhadap orang politik.

Kepada barisan kepimpinan di kesemua sayap UMNO bahagian, tunjukan yang momentum yang di mulakan oleh Dato Seri Najib di ikuti. Rata-rata di peringkat bahagian masih belum membuat sesuatu untuk mengimbangi dan mengatasi tindakan yang di mulakan oleh Dato Seri Najib. Melawat jenazah dan makan kenduri bukan turun padang!! Perbuatan ini adalah biasa.

Khasnya di negeri-negeri yang BN bukan memerintah, peranan Ketua Bahagian UMNO dan Komponen sangat penting sekali. Mereka-mereka ini kena tumpu 100% kerja-kerja parti. Tetapi jika waktu ini juga Ketua Bahagian pun sibuk untuk menambah kekayaan dan koleksi kereta, jangan harap UMNO dan BN dapat memerintah semula.

Mereka perlu turun ke bawah untuk mencari apa masalah dan kesulitan yang di hadapi oleh rakyat. Jangan tunggu di pejabat. Bukan semua masalah yang perlukan RM semata-mata untuk di selesaikan. Banyak masalah yang perlu di selesai dengan cara memberi tunjuk ajar dan panduan. Ada masalah yang perlu mereka-meraka ini menjadi pendesak. Contohnya permohonan Kebajikan Masyarakat mengambil masa yang panjang. Peranan mereka di sini ialah hanya mendesak dan membuat follow up sahaja. RM pun kita faham kena juga, tetapi sebagai duit minyak perjalanan mereka.

RM yang di sebutkan di atas adalah terlalu umum. Bukan masalah besar. Jika ini yang menjadi beban, berhenti jadi Ketua Bahagian. Sedarlah wahai pemimpin politik Melayu semua, kita mahukah PM dari bukan Melayu. Kita mahukah hak-hak keistimewaan Melayu hilang? Bila bukan Melayu jadi PM dan ahli Parlimen bukan Melayu melebihi ahli Parlimen Melayu, tidak mustahil agama Islam bukan lagi agama persekutuan. Kalau pembaca dapat memberi feedback bahawasanya tercatat di dalam perlembagaan menyatakan Agama Islam adalah agama persekutuan selagi ada matahari dan bulan dan tidak boleh di ubah. Sila membuat komen. Penyatuan Melayu amat penting. Ini negeri kita.

Isnin, 20 April 2009

Tumpu Pelajaran.....

Apabila ADUN Penanti meletak jawatan atas sebab hendak tumpu pelajarannya, adakah ini satu jawapan atau alasan kepada perletakan jawatan itu. Secara umumnya tanpa melibatkan bekas Adun ini, wajarkah alasan ini di terima tanpa sesuatu pengajaran.

Rakyat kena fahami dan sedar antara jawapan dengan alasan. Boleh di terima akalkah perletakan jawatan seseorang ADUN itu kerana hendak tumpu kepada pelajaran dan keluarga??
Setujukah jika di katakan bekas ADUN Penanti itu seorang yang tidak bersedia untuk jadi ADUN? Setujukah jika di katakan beliau tidak faham tanggungjawab sebagai ADUN?

Sekiranya beliau faham tugas dan tanggungjawab beliau tidak berbuat demikian. Pemimpin bertanggungjawab ke atas pimpinannya. Mampukah dia hendak belajar lagi, sedangkan pekara asas ini pun beliau tidak begitu faham. Atas kapasiti apakah pimpinan parti yang di wakili itu memilih beliau menjadi calon kemudiannya menjadi TKM1?

Kesimpulan yang boleh di perkatakan di sini ialah beliau adalah makluk yang tidak mampu melakukan banyak tanggungjawab dan tidak boleh bekerja dalam tekanan dan perlu penyeliaan maksimum. Bolehkah kita memberi alasan letih selepas berjogging? Kalau tidak mahu letih jangan berjogging.

Kalau takut tidak ada masa dengan pelajaran atau dengan keluarga jangan jadi ADUN. Ini juga mengambarkan 'Time Managment" bekas ADUN ini OUT. Seseorang yang cekap, berwibawa dan berkarisma mampu berbuat demikian. Salah siapa?

Siapa yang menilai beliau untuk jadi ADUN dan TKM1? Penilai beliau juga seorang yang gagal dalam tugas. Siapa yang memutuskan beliau menjadi calon ADUN dan TKM1? Orang itu juga gagal dalam tugas. Sepatutnya mereka-mereka ini juga bertanggungjawab ke atas bekas ADUN ini juga!!!!

Dengan fenomena ini, wajarkah trend POLITIK ini di teruskan dan menjadi satu budaya POLITIK MALAYSIA. Pengajaran dari penjajahan yang hampir 500 tahun adakah di lupakan? Keperitan, kesusahan dan kepayahan untuk mendapat suara orang Melayu untuk bersatu di zaman penjajahan untuk mencari jalan untuk mencapai kemerdekaan adakah kita perlu di lupakan. Adakah ini pembalasan kepada datuk nenek moyang yang berjuang untuk kemerdekaan. Trend ini seolah-olah kesusahan yang di alami oleh pejuang kemerdekaan tidak di hargai.

Pencetus kepada perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu kemudian Malaysia ialah orang-orang Melayu. Penglibatan lain-lain bangsa berlaku hanya pada di hujung-hujung proses untuk mencapai kemerdekaan. Sejarah ini tidak boleh di padam !!!!!!

Kepercayaan rakyat yang memilih beliau untuk jadi wakil rakyat tidak di balas dengan baik dan rakyat yang memilih beliau juga sebenarnya tersilap memilih.

Selasa, 7 April 2009

KEPUTUSAN PILIHANRAYA KECIL 7-APRIL 09

Keputusan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau.

1. R Loganathan (Bebas) - 31 undi
2. Tan Hock Huat (Bebas) -78 undi
3. Radzi Md Lazim (Bebas) - 25 undi

4. S Manikumar (PKR) - 12,632 undi
5. Mohd Fadzil Wahab (Bebas) - 83 undi
6. Abdul Rahim Abu (Bebas) - 60 undi
7. L Sarala (Bebas) - 49 undi
8. Datuk S Ganesan (BN) - 10,229 undi
9. A Jayagopal (Bebas) - 35 undi
10. S Moganakumar (Bebas) - 46 undi
11. Khamis Awang (Bebas) - 29 undi
12. Husaini Yaakob (Bebas) - 257 undi
13. M Vaneson (Bebas) - 32 undi
14. Mej (B) Anuar Abd Hamid (Bebas) - 528 undi
15. T Chandrarajan (Bebas) - 73 undi.

Undi rosak 415.
Majoriti 2,403


PUR12 V. Arumugam (Bebas) 13,225
Krishnan (BN) 10,863

Undi Rosak 1694
Majoriti 2,362

Makin ramai calon undi rosak jadi kurang pula.

Keputusan Bukit Gantang (Sumber Bernama)

07 April, 2009 22:13 PM
PAS Pertahan Bukit GantangBy: Ramjit-->
TAIPING, 7 April (Bernama) -- PAS mengekalkan kerusi Parlimen Bukit Gantang apabila calonnya Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memenangi pilihan raya kecil kawasan itu Selasa dengan memperoleh majoriti 2,789 undi. Ini merupakan kali kedua PAS memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang, yang sebelum ini merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN) sejak kawasan Parlimen itu diwujudkan pada 1986.

Mohammad Nizar, 52, yang juga bekas Menteri Besar Perak memperoleh 21,860 undi, menewaskan calon BN Ismail Saffian yang meraih 19,071 undi serta calon bebas Kamarul Ramizu Idris yang hanya memperoleh 62 undi dan hilang wang pertaruhannya. PAS buat kali pertama memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang pada pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu apabila calonnya Roslan Shaharum menewaskan calon BN Datuk Abdul Azim Mohd Zabidi dengan majoriti 1,566 undi.

Keputusan diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Datuk Mahmod Morsidi di pusat penjumlahan undi di Dewan Majlis Perbandaran Taiping pada pukul 9.40 malam ini.Kawasan Parlimen Bukit Gantang mempunyai 55,562 pengundi berdaftar termasuk 136 pengundi pos.Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Roslan pada 9 Feb lepas, akibat serangan jantung.

Seramai 41,626 pengundi telah mengundi pada pilihan raya kecil itu, mewakili 75 peratus daripada mereka yang layak mengundi. Sementara itu, Mohammad Nizar memberitahu pemberita bahawa majoriti yang bertambah kepada parti itu juga menunjukkan rakyat mahu Perdana Menteri yang baru Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak membentuk kerajaan yang baik tanpa elemen rasuah dan lebih adil.

Mohammad Nizar mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan pilihan raya kecil itu, yang dijalankan secara demokrasi. Beliau turut berikrar untuk melaksanakan tugas sebagai Anggota Parlimen dengan berhemah dan cemerlang.-- BERNAMA

------------------------------------------------------------------------------------------------

Berkempen sudah, keputusan pun sudah...... Rakyat menanti perlaksanaan. Biarlah saingan politik menjadi amalan sihat yang menguntungkan rakyat. Kepada juak-juak UMNO yang masih leka mengira duit rasuah politik, dapat duit tetapi kekuatan parti semakin susut tidak ada guna duit itu.

UMNO dan BN mesti lakukan perubahan dengan segera seperti mana di katakan oleh YB Nizar. UMNO lebih menyenangi barisan pimpinan Bahagian dan ke atas terdiri orang rasuah. Jawapan kepada persoalan ini ialah ahli UMNO ekonominya lemah. Kalau ekonominya kukuh tidak mungkin undinya dapat di beli. Penulis merakamkan ribuan terima kasih atas kiriman email berserta dengan data-data pemilihan UMNO yang lalu. InsyaAllah data-data dan luahan akan di keluarkan secepat yang mungkin.