Selasa, 28 April 2009

Najib dan Muhyidin dan mula, yang lain bila lagi?

Dato Seri Najib dan Tan Sri Muhyidin dah mula turun padang dan merasai sendiri masalah rakyat, menteri-menteri lain dan AJK Bahagian UMNO masih nampak ke arah ini lagi. Atau mereka tidak mendapat liputan media.
Sesungguhnya apa yang penting pengadil-pengadil kepada jentera kerajaan iaitu RAKYAT ialah ingin melihat sesuatu dalam bentuk perbuatan.

Perbuatan dari segi 'DELIVER'. Bukan hanya untuk mendapat data atau input sahaja. Tindakan ke atas maklum balas itulah yang pengadil nak lihat dan dapat di manfaati
'Barang baik tidak perlu kata-kata indah'. Bila tugas dan tanggungjawab di laksanakan dengan baik dan berkualiti, bila nak sampai pilihanraya umum tidak perlu kempen teruk-teruk.

'COMMIT MEAN DELIVER', inilah antara yang perlu kerajaan buat. Jangan sampai pengadil-pengadil mengungkapkan segala perancangan kerajaan sebagai JANJI POLITIK. Kenapa perkataan JANJI POLITIK di gunakan. Janji, sesuatu yang mesti di tunaikan. Apabila bercantum dengan politik menjadi JANJI POLITIK, seoalah-olah ianya sebagai pemanis di bibir sahaja. Ia juga boleh di gambarkan bahawa tahap keyakinan yang rendah terhadap orang politik.

Kepada barisan kepimpinan di kesemua sayap UMNO bahagian, tunjukan yang momentum yang di mulakan oleh Dato Seri Najib di ikuti. Rata-rata di peringkat bahagian masih belum membuat sesuatu untuk mengimbangi dan mengatasi tindakan yang di mulakan oleh Dato Seri Najib. Melawat jenazah dan makan kenduri bukan turun padang!! Perbuatan ini adalah biasa.

Khasnya di negeri-negeri yang BN bukan memerintah, peranan Ketua Bahagian UMNO dan Komponen sangat penting sekali. Mereka-mereka ini kena tumpu 100% kerja-kerja parti. Tetapi jika waktu ini juga Ketua Bahagian pun sibuk untuk menambah kekayaan dan koleksi kereta, jangan harap UMNO dan BN dapat memerintah semula.

Mereka perlu turun ke bawah untuk mencari apa masalah dan kesulitan yang di hadapi oleh rakyat. Jangan tunggu di pejabat. Bukan semua masalah yang perlukan RM semata-mata untuk di selesaikan. Banyak masalah yang perlu di selesai dengan cara memberi tunjuk ajar dan panduan. Ada masalah yang perlu mereka-meraka ini menjadi pendesak. Contohnya permohonan Kebajikan Masyarakat mengambil masa yang panjang. Peranan mereka di sini ialah hanya mendesak dan membuat follow up sahaja. RM pun kita faham kena juga, tetapi sebagai duit minyak perjalanan mereka.

RM yang di sebutkan di atas adalah terlalu umum. Bukan masalah besar. Jika ini yang menjadi beban, berhenti jadi Ketua Bahagian. Sedarlah wahai pemimpin politik Melayu semua, kita mahukah PM dari bukan Melayu. Kita mahukah hak-hak keistimewaan Melayu hilang? Bila bukan Melayu jadi PM dan ahli Parlimen bukan Melayu melebihi ahli Parlimen Melayu, tidak mustahil agama Islam bukan lagi agama persekutuan. Kalau pembaca dapat memberi feedback bahawasanya tercatat di dalam perlembagaan menyatakan Agama Islam adalah agama persekutuan selagi ada matahari dan bulan dan tidak boleh di ubah. Sila membuat komen. Penyatuan Melayu amat penting. Ini negeri kita.

3 ulasan:

  1. Ketua Bahagian UMNO khasnya di Kedah dan amnya seluruh Malaysia. Akal dan fikiran anda kena format semula. Sector otak yang mempunyai niat tidak betul dan pemikiran untuk kona masuk poket kena deleted !

    Jika tidak, suatu masa nanti........ Tanah ini bukan milik kita lagi!

    BalasPadam
  2. Kalau di Merbok, ziarah jenazah, makan kenduri dan lawat orang sakit tu dah di kira turun padang dah. Dalam celah2 tu huloq RM50, depa kata baguih dah. Bab2 lain depa tak pandang. Itulah kelemahan UMNO Merbok mudah di beli dan di personakan.

    BalasPadam
  3. Bro...menteri2 lain pun dok sebok buat plan dan ada yang dah bergerak turun dahhh....cuma kita ja yg tak tau...dan ada yg tak ada info...depa ni la ni main turun "mengejut" dan "tanpa publisiti"...maklum la...depa takmau puak2 tempat yg depa nak turun tu dok prepare pukoi kompang..di belakang kompang tu ada envelope proposal....tak ka haruuuu...!!! Muahahhahhahha...

    p/s: hat mana satu hang ni no...hat yg mai ngan ali tu ka?

    BalasPadam

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab di atas ulasan yang tidak menyenangkan atau mengutuk mana-mana individu. Sebarang maklumat,pandangan,cadangan,komen dan artikel adalah diluar kawalan yang ampunya blog.Yang ampunya blog tidak akan bertanggung jawab dan menafikan segala sensitiviti bahan-bahan tersebut.