Ahad, 10 Mei 2009

PERGERAKAN RAKYAT – MIN YUEN

Parti Komunis Malaya telah di tubuhkan pada April 1930. Matlamat utama mereka ialah menubuhkan kerajaan republic komunis di Tanah Melayu. Parti Komunis Malaya telah meluaskan pengaruhnya melalui sekolah-sekolah Cina, persatuan-persatuan Cina, Kesatuan-kesatuan Sekerja dan penerbitan majalah Cina.

Parti Komunis Malaya berjaya mendapat sokongan daripada rakyat khasnya orang-orang Cina dan segelintir orang Melayu setelah menubuhkan ‘MIN YUEN’ yang bermaksud ‘Pergerakan Rakyat’. Parti Komunis terlebih dahulu telah mengabui pihak Inggeris dengan menetang pendudukan Jepun ke atas Tanah Melayu. Maka dengan itu pihak Inggeris telah mengiktiraf Parti Komunis Malaya sebagai parti yang sah.

Pada 19 Jun 1948, seluruh Tanah Melayu diistihar DARURAT apabila Parti Komunis Malaya memulakan tindakan revolusi bersenjata. Mereka menggunakan taktik gerila. Selain dari tindakan bersenjata, mereka cuba melumpuhkan ekonomi Tanah Melayu.

Kemuncak kepada keganasan ini ialah pembunuhan Sir Henry Gurney. Inilah kejayaan yang paling penting kepada Parti Komunis Malaya. Antara nama-nama penting dalam Parti Komunis Malaya ialah Chin Peng, Rashid Maidin dan Abdulah CB.


Chin Peng (lahir 21 Oktober 1924) ialah nama samaran Ong Boon Hwa, ketua Parti Komunis Malaya. Bukan berasal dari China sebagaimana sangkaan ramai, Chin Peng adalah seorang Cina Kantonis yang dilahirkan di sebuah kedai kecil dua tingkat menjual basikal , di No. 36, Jalan Kampung Koh, Sitiawan yang terletaknya 50 kilometer dari barat daya bandar Ipoh, Perak. Beliau merupakan anak kedua daripada enam beradik yang hidup dalam kemiskinan. Ayahnya datang dari negara China dan kecewa akibat kemelesetan ekonomi 1930.

Semasa berumur 15 tahun, Chin Peng mempunyai perasaan yang dekat dengan nasionalis berpendidikan barat Ching Kai Shek yang menguasai kawasan selatan China dan Taiwan. Tapi buku kecil 'On Protacted War' karangan Mao Zedong mengubah pendiriannya kepada aliran komunisme. Tekadnya jelas untuk menentang Jepun yang kemudian menyerang Tanah Melayu tahun 1941.

Pada tahun 1940, beliau diterima untuk menyertai Parti Komunis Malaya iaitu satu cabang Parti Komunis China di seberang laut. Dia turut menyertai Force 136, satu pasukan bersenjata yang ditubuhkan oleh perisik British bagi menentang Jepun di Tanah Melayu. Ketika itu umurnya baru sahaja 18 tahun.

Chin Peng memimpin MPAJA atau Malayan People Anti Japanese Army, sebuah pasukan gerila bagi menentang Jepun. Tentera British (Pasukan Special Air Services dan MI6) yang diterjunkan di hutan Perak, telah memberi pelbagai senjata, kewangan, latihan dan pelbagai peralatan lain bagi memperlengkapkan Force 136 dan MPAJA. Tentera MPAJA pernah menyerang tentera Jepun di Sungai Perak berhampiran dengan tebing Pasir Salak pada tahun 1942.

Selepas Perang Dunia II, beberapa pihak yang berfahaman radikal dalam MPAJA telah bertindak keluar hutan untuk membunuh dan menyeksa mereka yang bersubahat dengan tentera Jepun dan tali barut British. Mereka turut membunuh pemimpin tempatan seperti para Penghulu dan para Imam kampung sebagai taktik memantapkan penguasaan mereka. Selain itu, puak radikal dalam MPAJA turut cuba merampas pentakbiran terutamanya di bahagian selatan Tanah Melayu. Tindakan puak yang didakwa radikal tidak pernah disekat oleh MPAJA. Ini kemungkinannya MPAJA sebenarnya sedang menilai kejayaan tindakan sedemikian. Membiarkan tindakan ahlinya bermaharajalela membunuh dan menyeksa penduduk sekali gus menunjukkan tindakan tersebut mendapat sokongan tersembunyi dari para pemimpin MPAJA.

Tindakan puak radikal dalam MPAJA ini telah menimbulkan kemarahan orang-orang Melayu yang bangkit untuk menentang pihak komunis di bawah beberapa pemimpin seperti Panglima Salleh Selempang Merah. Akibat daripada tindak balas orang Melayu ini, Parti Komunis Malaya gagal merampas kuasa malah terpaksa meminta campur tangan Tunku agar mententeramkan orang-orang Melayu yang bangkit ketika itu.

Malah ada beberapa fakta yang menunjukkan bahawa beberapa pihak di dalam kelompok Melayu elit yang telah menghasut dan membangkitkan isu perkauman Cina/Melayu dalam usaha mereka mengekalkan kekuasaan mereka. Kelompok Melayu elit ini rata-rata amat mengharapkan agar pihak British akan datang kembali dan seterusnya membolehkan mereka bertapak kukuh di dalam urusan politik tempatan. Malah pihak-pihak ini juga menghasut agar beberapa individu dan pertubuhan dilabelkan sebagai puak kiri dan kemudiannya berjaya mengharamkan pertubuhan tersebut dan menangkap pemimpin-pemimpin dan ahli-ahlinya.

Kembalinya British dengan pentadbiran tenteranya (BMA) dalam tempoh yang singkat menyebabkan pihak Bintang Tiga tidak berjaya mengembangkan pengaruh mereka. Akibat kegagalan Bintang Tiga merampas Tanah Melayu dengan gerakan bersenjata, telah membawa kepada persetujuan pembubaran tentera MPAJA dan perletakan senjata api disamping pembayaran saguhati kepada gerila-gerila terbabit.

Atas jasanya terhadap perjuangan penentangan pendudukan Jepun, Chin Peng dijemput ke London untuk menerima medal 'Order of the British Empire ' kerana sumbangannya yang besar memimpin MPAJA dan Force 136 menentang Jepun. Tapi tekadnya untuk menubuhkan kerajaan komunis di Tanah Melayu dan menyingkirkan British dan akhirnya memerdekakan Malaya semakin membuak-buak selepas itu. Suasana aman dan maju di kota London meningkatkan azamnya untuk berjuang di dalam hutan Tanah Melayu.

Rashid Maidin atau Rashid Mydin (10 Oktober 1917 - 1 September 2006) ialah pemimpin kanan Melayu dalam Parti Komunis Malaya. Rashid dilahirkan di Kampung Gunung Mesah, Gopeng, Perak. Gunung Mesah terletak di tepi jalan utama antara Gopeng dengan Ipoh. Di sini ada perkampungan Melayu yang dipenuhi rumah-rumah papan dan sekarang bertukar kepada rumah batu separuh.

Pada tahun 1939, ketika berusia 22 tahun, Rashid bertemu dengan Tu Lung Shan yang ditugaskan mencari ahli baru PKM di Tanjung Tualang. Kumpulan pimpinan Tu ditugaskan oleh pihak parti untuk menganjurkan aktiviti di kawasan sekitar Tanjung Tualang. Pada masa itu, Tu Lung Shan baru berusia 17 tahun dan Perang Dunia Kedua sudahpun bermula di Eropah yang menyaksikan tentera Jerman menyerang Poland.

Pada mulanya, Rashid menyertai Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang kemudian diharamkan oleh kerajaan British kerana dituduh berhaluan kiri dan menentang British secara menyeluruh.

Rashid menyertai Parti Komunis Malaya (PKM) pada tahun 1941 sejurus sebelum pendudukan Jepun dan menjadi ahli jawatankuasa pusat PKM dan kemudiannya memimpin Regimen ke-10 PKM di Bentong, Pahang. Rashid telah berkahwin dengan gadis Cina pada perkahwinan yang kedua.

Selepas sekian lama dan atas kesedaran pucuk pimpinan Parti Komunis Malaya, maka pada 2 Disember 1989, Perjanjian Damai (Perjanjian Haadyai) telah ditandatangani di antara Parti Komunis Malaya dengan Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Thailand. Perjanjian bersejarah itu telah menamatkan perjuangan bersenjata Parti Komunis Malaya selama 41 tahun dan mengembalikan taat setianya kepada Yang di-Pertuan Agong dan patuh kepada Perlembagaan dan undang-undang negara

Fenomena politik hari ini, orang-orang Melayu sekurang-kurangnya kena berfikir sejenak, mengimbas sejarah, kaji sejarah dan belajar kesilapan orang-orang Melayu yang lalu. Setelah 41 tahun barulah PKM dapat di hapuskan. Tetapi kita kena harus ingat, benih-benih keturunan masih lagi wujud. Benih-benih perangai Komunis masih wujud.

Berbalik kepada senario politik yang berlaku hari, tidak mustahil MIN YUEN akan berlaku. Bandingkan apa yang berlaku hari ini. Apa bezanya pakatan rakyat dengan pergerakan rakyat ? Jika positif ke arah kemakmuran negara dan ketuanan Melayu terjamin, ALHAMDULILAH. Tetapi jika ianya berlaku seperti PKM, di mana kedudukan Melayu ketika itu.

PKM berjaya mengabui agenda utama mereka. British pun tertipu dan memberi anugerah kepada Chin Peng. Tetapi niat sebenar tidak terpadam. Apakah kita akan terpedaya lagi dengan helah yang sebegini. DAP yang terang menentang negara Islam, apakah umat Melayu akan di lindungi jika mereka menjadi pemimpin kita.

PKM hendak menjadikan Tanah Melayu sebuah negara tanpa Raja. Di Negeri Perak sudah nampak dan jelas penentangan terhadap Raja. Iaitu dengan tidak mengiktiraf dan menghormati Raja. Jika mereka mengiktiraf keputusan Raja, kekecohan di Perak tidak akan berlaku.

Kelantan apa asasnya ialah sebuah negeri Melayu yang Melayu bersatu. Kenapa tiada bangsa lain berebut-rebut hendak bertanding di Kelantan? Tak kisah samada rakyat Kelantan menyokong PAS atau UMNO, pentingnya di sini Melayu Kelantan bersatu (walaupun tidak 100%). Kekuatan Melayu Kelantan nampak jelas. DAP, MIC, MCA atau mana-mana calon bukan Melayu dari PKR, PPP dan Gerakan tidak berebut pun kerusi di Kelantan.

Kalau ini berlaku di seluruh negeri-negeri Tanah Melayu, percayalah bangsa lain tidak sewenang-wenang berani mempertikaikan hak-hak Melayu dan Raja-Raja Melayu. Dalam sebuah negara yang berbilang kaum, tolak ansur mesti wujud antara kaum. Salahkah jika pembahagian sesuatu melebihkan orang Melayu? Melayu sebagai tuan tanah tidak salah untuk mendapat lebih. Walau apa hujah sekali pun, kaum-kaum lain adalah kaum pendatang. Ini asas yang perlu di ingat dan bangsa bukan Melayu tidak pun tertindas pun di Malaysia. Ada mereka di sekat untuk mencari rezeki dan menambah kekayaan? Sejarah tidak menipu. Cuma hari ini kita nampak mereka sudah lupa dan cuba untuk menguasai politik.

Mahukah PM dari bukan Melayu dan bukan Bumiputera?

7 ulasan:

  1. Sesungguhnya lihatlah dengan lebih dalam dan halusi, apa agenda yang sebenar?

    Perjuangan bangsa asing dalam Malaysia hari ini ialah untuk jadi mereka PEMERINTAH.

    Hari ini mereka akan gula-gula kan kita dahulu, sebagaimana Chin Peng menggula-gulakan British.

    BalasPadam
  2. Salam......
    nak ajak berehat sekejap boleh......
    jenguk-jenguklah http://www.shamelin2u.com/maelkoprat.htm

    BalasPadam
  3. Posted Date 19/05/2009:

    Allow Chin Peng to return, Gerakan
    Press Statement by Penang Gerakan Chairman Datuk Dr Teng Hock Nan

    Former communist leader Chin Peng should be allowed to return to Malaysia on humanitarian grounds, especially when he is no more a security threat to the country, said Penang Gerakan chairman Datuk Dr Teng Hock Nan.

    “Communism all over the world including China and Russia has transformed and is moving towards economy-based struggles and extreme communist terrorism practiced in the 50s is non-existent now,” said Dr Teng in a statement.

    Echoing the call by Penang-based Citizens International chairman S.M. Mohamed Idris to the government to allow Chin Peng to return to the country, Dr Teng urged Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak to use his good offices to take a re-look at Chin Peng’s case.

    Chin Peng, who was born in Sitiawan, Perak, has brothers and sisters, and close relatives who are staying in Butterworth, Perak and all over Malaysia.

    “He is now 85years’old and wishes to return to Malaysia, his birthplace. He had even appealed to the High Court to allow him to return but the appeal was rejected.

    “The government should fulfill his wishes,” said Dr Teng, adding that Chin Peng’s family would be very happy to see him back.

    S. M. Mohamed had told a Press conference yesterday that the struggle waged by the liberation movement led by Chin Peng, Rashid Mydin, Abdullah C.D, Shamsiah Fakeh and others had contributed to the independence of Malaya.

    S.M. Mohamed described Chin Peng as a Malaysian patriot who fought the British colonialists from the age of 15 and “sacrificed everything he had to free this country from British control, domination and exploitation.”
    Mohamed also said an appeal letter would be sent to Najib.

    Chin Peng is currently living in exile in Bangkok. He failed in his last bid to live in Malaysia after the Federal Court on April 30 upheld two lower courts’ decisions compelling him to produce his identification documents before he could enter the country.

    BalasPadam
  4. Relakah orang Melayu menerima Chin Peng kembali ke Malaysia. Samada mereka menyumbang atau tidak dalam mendapatkan kemerdekaan tidak penting. Pokoknya mereka KOMUNIS !!!!

    BalasPadam
  5. Bloggers di wilayah utara akan mengadakan sesi perjumpaan kali ke 2 dalam masa yang terdekat. Ramai bloggers utara yang telah mengesahkan kehadirannya seperti "Depakata", "RamliDAP" dan sebagainya. Butirannya adalah seperti yang berikut:

    Tarikh : 4hb Julai 2009 (sabtu).
    Lokasi : Sg. Petani Inn.
    Masa : 8.30 malam.

    Kepada sesiapa yg berminat sila "book kerusi" anda di bloggersutaraunion@yahoo.com sebelum 3hb Julai 2009. Terima kasih.

    BalasPadam
  6. JKQ22are the best online casino gambling portal comprised of dedicated and responsible group of people focused to deliver the best and most accurate information about the online casino industry in general with the best customer service. provides variety of attractive and easy to win promotion such as 100% Welcome Bonus, Daily Deposit Bonus, Live Casino Cash Rebate, Slot Rebate, Sports Cash Rebate and even Birthday Bonanza on your birthday! Besides, also provides their own JQK Poker LC Gaming bonus, 918Kiss & Mega888 Cash Rebate bonus as well. Almost every month or every big event such as Chinese New Year, Songkran, Christmas, we will also provide special promotions! This is part of the reason JQK22 review is one of the tops in Malaysia.

    BalasPadam

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab di atas ulasan yang tidak menyenangkan atau mengutuk mana-mana individu. Sebarang maklumat,pandangan,cadangan,komen dan artikel adalah diluar kawalan yang ampunya blog.Yang ampunya blog tidak akan bertanggung jawab dan menafikan segala sensitiviti bahan-bahan tersebut.