Isnin, 30 Mac 2009

SIAPA 304 ITU ?

Bahang perhimpunan UMNO semakin “cool” sekejap mungkin akan reda begitu sahaja (Melayu mudah lupa) di sebabkan 3 Pilihan Raya Kecil akan berlangsung di Batang Ai, Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

Rata-rata orang samada dari parti PAS, PKR, DAP, tiada parti di kalangan golongan sederhana dan bawah terkejut Datuk Mukriz Tun Mahathir tidak memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
Antara suara yang kedengaran di seluruh Negara ialah :-
Macam mana Mukriz boleh kalah?
Eihhh, tak caya aku Mukriz boleh kalah!
What happened to Mukriz?
Aya….., macam mana dia boleh kalah?
Apa punya UMNO tak tau mau pilih orang langsung ka jadi Ketua Pemuda…
Aku rasa, depa dah atoq dah, naya Mukriz…
Yang Khir Toyo pun gatai nak lawan, kalau tidak Mukriz menang..
Kenapa yang terlibat dengan kiraan undi, ada rehat 2 jam, dan dengar kata ada meeting pula sebelum keputusan rasmi Pemuda?

Dan yang paling menarik, ini di katakan oleh penyokong Datuk Mukriz selepas keputusan keluar di rumah Datuk Mukriz, “ Mukriz steady, nampak cool sungguh dia, muka maintain je, tak macam kalah pun, hebat sungguh dia”

Apa pun hingga saat ini, KJ adalah Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Samada suka atau tidak dia tetap Ketua Pemuda UMNO Malaysia hingga saat ini. Terlajak perahu boleh berundur, terlajak undi………..
Sesungguhnya ramai yang menyalahkan 304 orang perwakilan yang mengundi KJ yang bersalah akibat mengundi beliau. Pada hemah penulis, mereka tidak kesemuanya salah.
Ini kupasan/andaian penulis:
KJ mendapat 53 pencalonan.
Andaikan 53 x 4 (perwakilan setiap bahagian) = 212 undi.
KJ mendapat 304 undi.
304 – 212 = 92 undi.
92 perwakilan inilah yang megundi tidak mengikut kehendak ahli-ahli dari bahagian.
92/4 = 23 ; ini membawa maksud perwakilan dari 23 bahagian telah tidak menyuarakan kehendak bahagian mereka.
Datuk Mukriz mendapat 75 pencalonan.
Beliau sepatutnya mendapat sekurang-kurangnya 300 undi, tetapi hanya mendapat 232 undi sahaja.
300 – 232 = 68
68 orang perwakilan dari Bahagian yang mencalonkan beliau.
68/4 = 17 ; 17 Bahagian yang mencalonkan beliau tidak mengundi beliau.
75 – 17 = 58, 58 Bahagian yang mencalonkan dan mengundi beliau.
DS Khir Toyo mendapat 63 pencalonan.
Beliau sepatut mendapat 252 undi.
254 undi yang di perolehi oleh DS Khir Toyo. 254 – 252 = 2.
Lebih 2 undi kemungkinan besar di perolehi 2 orang perwakilan dari bahagian-bahagian yang mencalonkan Datuk Mukriz.

Pastinya 68 (j) + 2 (o) = 70, 70 orang yang tidak amanah. Tidak mengundi mengikut kehendak akar umbi dari bahagian.

TETAPI; 304 orang perwakilan menyokong KJ juga menyokong RASUAH.

Datuk Mukriz, for sure U can identify who is 70 ! 70 bukan susah nak cari siapa mereka.
Adakah 2 orang perwakilan ini iaitu Saiful Azizi Zainol, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Merbok dan Nor Azam Bin Abdul Ghazali mengundi KJ?
Jawapan ada pada mereka. Kepada pengirim gambar dan maklumat kepada penulis di ucapkan terima kasih . Tidak baik tuduh menuduh, tetapi pepatah Melayu ada berbunyi “Tiada angin mana mungkin pokok bergoyang”.

Renungi lirik lagu ini :-
‘Kaca yang jatuh berderai jika di cantum tak akan serupa”


Nota: Kiraan yang di nyatakan dalam kupasan/andaian tidak termasuk EXCO-EXCO Pemuda sesi yang lalu.

5 ulasan:

  1. bagus betul blog ini, dah lama saya cari blog yang berupaya mendedahkan orang yang mengundi KJ

    BalasPadam
  2. seharusnya untuk akan datang kita undi angkat tangan, baru tahu siapa yang tidak amanah

    BalasPadam
  3. biasala.. duittt... elaun pergi perhimpunan, tambah dengan suapan.. balik dah boleh bergaya beratus2 dengan orang kampung. mat rasa perwakilan semasa pencalonan bahagian cenderung untuk undi khairy. tapi majoriti dah nak mukhriz. tak boleh nak buat aperla. paper pun mat tak suka orang yang tak pikul amanah ni. mat jumpa KJ masa rancangan hujah.. ramai penonton yang tak bersorak bila KJ ni beretorik.. politik duit ni satu budaya.. nampak dengan tidak nampak.

    BalasPadam
  4. dok perati dari luaq7 April 2009 pada 11:45 PG

    Apakan daya, bila miskin kita hampir kepada kekufuran. Perwakilan rata-rata dari golongan ekonomi yang lemah. Yang bertanding pula kaya raya, anak2 Dato, anak kenamaan ... tak hairanlah puak2 ni boleh baham perwakilan.

    BalasPadam
  5. Sisingamangaraja Gorgor4 Mei 2009 pada 1:30 PTG

    Wakakakkk...~

    Ketua pemuda bahagian Ipoh Barat salah sorang dari 70 itu...~

    Whahahahaha...~

    BalasPadam

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab di atas ulasan yang tidak menyenangkan atau mengutuk mana-mana individu. Sebarang maklumat,pandangan,cadangan,komen dan artikel adalah diluar kawalan yang ampunya blog.Yang ampunya blog tidak akan bertanggung jawab dan menafikan segala sensitiviti bahan-bahan tersebut.