Ahad, 29 Mac 2009

POLITIK WANG, ANTARA AMANAH DAN KEPENTINGAN PERIBADI

Pemilihan UMNO di semua peringkat sudah pun selesai, saf kepimpinan telah pun di pilih. Samada pemilihan mereka adalah dari akar umbi ataupun kepentingan peribadi perwakilan bukan bagi masalah bagi mereka. Tiada kebimbangan langsung di hati mereka. Yang penting menang.
Jawatankuasa pemilihan harus membuat sat garis panduan rasuah yang di benarkan dan salah yang tidak salah. Ini amat-amat penting supaya orang yang tidak mengamalkan politik wang dapat turut berpolitik wang. Jika tidak calon bersih dari politik wang akan rugi
Senario politik UMNO hari ini memerlukan elemen politik wang yang menjadi sebahagian dari elemen lain seperti kebolehan, akuanbiliti dan sebagainya. Sebaik mana atau sebagus mana pun calon itu jika tiada elemen politik wang, dengan suasana politik UMNO hari ini amat payah calon itu hendak menang.
Apabila pencalonan di buat di peringkat cawangan untuk jawatan Bahagian, pencalonan itulah suara akar umbi yang perlu di terjemahkan dalam bentuk undi. Begitulah di peringkat Bahagian ke UMNO Malaysia. Perwakilan cawangan adalah wakil cawangan ke bahagian dan perwakilan Bahagian ke UMNO Malaysia adalah membawa suara Bahagian bukannya suara diri sendiri. Gabungan inilah suara sebenar akar umbi.
Hangat di perkatakan sekarang ini ialah pencalonan Datuk Mukriz Tun Mahathir ( 75 pencalonan), Dato' Seri Khir Toyo ( 63 pencalonan) dan KJ ( 53 pencalonan) dan keputusan pengundiannya terbalik. Di mana amanah Bahagian yang di galas oleh perwakilan sudah tiada lagi. Perwakilan ialah wakil ahli cawangan atau Bahagian. Apakah perwakilan faham siapa mereka?
Antara realiti atau fantasi, 2 orang yang di dapati salah dalam kategori yang sama tetapi menerima hukuman yang berbeza. Seorang di halang dari bertanding dan seorang lagi di benar bertanding cuma di beri amaran. Adilkah yang di benar bertanding pula menang. Kejam tak hukuman kepada yang di halang bertanding itu.
Mungkin juga minum secamca air pada bulan puasa, puasanya batal tetapi di kira berpuasa. Minum segelas air dalam bulan puasa, puasanya batal dan di kira tidak berpuasa. Apakah inilah gambaran yang cuba di terangkan oleh Pengerusi Lembaga Displin. Atau keputusan pemilihan sudah di tetapkan ??????
304 perwakilan telah memilih pesalah rasuah untuk menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Pesalah rasuah ini, kini Ketua Pemuda UMNO Malaysia merasuah siapa pula? Adakah 304 perwakilan ini di rasuah? Apa pun persoalanya, yang pasti Ketua Pemuda UMNO Malaysia ialah pesalah rasuah atas kesalahan rasuah politik sepanjang tempoh pencalonan sehingga sebelum pengundian untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
Sewaktu pengumuman keputusan di buat yang disiar secara langsung, seorang Perwakilan dari Merbok begitu riang dan menari-nari menyambut kemenangan KJ. Di fahamkan Pemuda Bahagian Merbok sebulat suara mencalonkan Datuk Mukriz Mahathir. Dengan gambaran yang di tunjukan oleh perwakilan ini, adakah beliau mengundi KJ?? Kenapa beliau mengundi KJ, sedangkan ahli-ahli pemuda Merbok mahukan Datuk Mukriz Mahathir.


Inilah perwakilan Pemuda Merbok yang menari-nari dengan riang menyambut kemenangan KJ yang mana di siarkan oleh TV. Samada dia mengundi KJ atau tidak hanya beliau yang tahu. Tetapi rasionalnya kenapa riang dan gembira sangat apabila kemenangan KJ di umum??? Jangan hukum beliau, timbanglah beliau.
ROSNAWI BIN ZENON
PENOLONG BENDAHARI PEMUDA BAHAGIAN
F 26 KG PERMATANG SAMAK SEMELING
08100 BEDONG
KEDAH
No Ahli : 02797072
No KP : 710321025273
No Tel: 016-4648519
Di bawah kepimpinan DS Najib di bantu oleh TS Muhyidin Yasin, UMNO mesti berubah. Mentaliti ahli mesti di ubah. Ekonomi perlu di pertingkat jika tidak ahli yang ekonominya kurang sempurna mudah di beli dan di perkotak-katik oleh pemimpin mahupun calon pemimpin. UMNO mesti BERANI BERUBAH! Sebelum Berubah mestilah di hapuskan segala barah-barah khasnya pengamal politik wang, barulah boleh berubah. Apa guna berubah jika barah masih ikut serta.
Selain daripada itu, wadah perjuangan mestilah di perjelaskan. Jangan sampai orang kaitkan UMNO-Projek. Jaminan keuntuhan ketuanan Melayu hanya ada pada UMNO sahaja. Juga hak-hak lain-lain kaum di jaga. Pemantauan sesuatu agenda hendaklah di buat dengan begitu teliti. Rakyat dengar ada peruntukan tetapi tidak nampak.
Badan-badan seperti PPK, Jabatan Pertanian, Risda dan sebagainya yang banyak menerima geran (grant) hendaklah di pantau dengan begitu terperinci. Peruntukan yang tidak di salur atau di urus dengan baik menyebabkan pekara yang baik menjadi kemarahan rakyat.
Ahli UMNO menaruh harapan yang cukup tinggi kepada kedua-dua pemimpin ini untuk mengembalikan kegemilangan negara ini sepertimana di tinggalkan oleh Yang Berbahagia Tun Dr Mahathir Mohamad.















4 ulasan:

  1. AKU KENAI DIA NI KALAU DIA SENYUM GIGI DEPAN TAK ADA.MINTA TOLONG SPRM CHK AKAUN DIA.DIA SELALU ADA DI DLOVE RESTOREN.DIA NI JENIS MINTA TERANG TERANGAN.PERNAH SATU KETIKA MASA KAMI BERBUAL TENTANG RASUAH DIA DATANG TANPA DIUNDANG DUDUK DIMEJA KAMI DAN SEMBANG PASAL KENAPA DIA PILIH KJ.SEBENARNYA DIA BUKAN PILIH KJ SANGAT PUN TAPI DIA PILIH WANG.TERANG TERANGAN DIA MINTA WANG DARI KJ,KHIR TOYO SERENTAK PADA MALAM ITU.DIA DENGAN SOMBONG MENYATAKAN"APA NI KJ SELALU TEL DIA,KHIR TOYOLLL SELALU TEL DIA NI MUKHRIZ LANGSUNG TAK TEL...MAK AI..HEBATNYA DIA.KEBETULAN DALAM MAJLIS SEMBANG SEMBANG TU.SI BADRUL KAWAN MUKHRIZ TEL DATO MUKHRIZ SURUH BANCUH SKIT PERANGAI DIA LALU BADRUL BAGI TEL KAT SI GIGI TAK ADA NI,LALU DENGAN PANTAS BAGI SALAM SAHAJA.TERUS MINTA DUIT.AMBOI GANAS SUNGGUH.DIKATANYA PULA PADA DATO MUKHRIZ APA NI DATOK....TAK KAN TAK ADA APA APA KOT...!!..dari cerita diatas dapatlah disimpulkan bahawa inilah petualang bangsa yang sebenarnya.....!!

    BalasPadam
  2. Aku kenai dia ni. Dulu naik moto cabuk. La boleh pakai keta. Dulu ikut Karim, la ni ikut Saiful. Kerja dengan Tok Mi tapi pi sokong Tajul untuk jatuhkan Tok Mi. Duit yang p kutip bukan duit berkat. Sikit hari lagi, pupuih la duit tu.

    Macam Din Dagu, p umrah Zahid Hamidi bagi waktu Zahid Hamidi nk jd Ketua Pemuda. Ibadat bercampur aduk ngan rasuah politik, boleh mampuih dengan puak ni. Tu pun lambat lepa, depa la pejuang UMNO sejati. Jolok dgn duit pakat habis rebah.

    BalasPadam
  3. Sisingamangaraja Gorgor4 Mei 2009 pada 10:43 PG

    Samala jugak ngan Pemuda Ipoh Barat...~

    Akar umbi Pemuda bahagian dok calonkan Mukhriz... Tapi ketua pemuda bahagian yang baru dilantik tuh... Si Syamsul Baharin Putra B Ahmad Shibi penyokong kuat AP Ghombau tuh...~

    Bliau baru saja menewaskan orang kuat Datuk Mukhriz iaitu Sdr. Ahmad Faizal B. Dato' Azumu pada Mesyuarat Pemilihan Pemuda Bahagian 2008 lalu...~

    Sile lihat lawan sesawang Pemuda Ipoh Barat melalui carian di Google...~

    Anyway thanx Mak Su 4 the info... Kalau ada yang len harap tambah lagi...~

    BalasPadam
  4. MOhon saya ambil atrticle ini untuk di siarkan dalam blog saya - www.merboktimes.blogspot.com
    Terima kasih.

    BalasPadam

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab di atas ulasan yang tidak menyenangkan atau mengutuk mana-mana individu. Sebarang maklumat,pandangan,cadangan,komen dan artikel adalah diluar kawalan yang ampunya blog.Yang ampunya blog tidak akan bertanggung jawab dan menafikan segala sensitiviti bahan-bahan tersebut.