Selasa, 23 Jun 2009

MILIK SIAPAKAH PERAK…… MELAYU, CINA, PAS, DAP,PKR ATAU UMNO?

Kerajaan Negeri Perak di tentukan oleh bilangan kerusi yang di miliki oleh mana-mana parti politik. Perak memiliki 59 kerusi. Mana-mana parti mempunyai majoriti dalam dewan Undangan Negeri adalah parti pemerintah. Dalam lain perkataan, mana-mana pihak yang menguasai lebih dari ½ dari bilangan kerusi yang ada dalam DUN Perak adalah menjadi Kerajaan.

Menteri Besar pula di pilih di kalangan ahli-ahli Dewan Undangan dari parti yang menguasai majoriti. Kerusi Menteri Besar tidak di pertandingkan. Walaubagaimana pun tanpa mengatasi apa yang di sebutkan, Sultan Perak mempunyai kuasa mutlak melantik Menteri Besar samada seorang dari berbangsa Melayu ataupun tidak berdasarkan kuasa mutlaknya yang termaktub dalam Undang Tubuh Kerajaan Perak.

Keputusan pilihanraya umum yang ke 12 tidak berpihak kepada Barisan Nasional. Barisan Nasional telah menjadi kerajaan Perak sejak merdeka lagi. Barisan Nasional telah hilang majoriti dan gagal untuk membentuk kerajaan. Rujuk keputusan pilihanraya yang ke 12 seperti mana di bawah :




Daripada keputusan di atas, BN mempunyai bilangan kerusi yang banyak sekali, tetapi tidak boleh membentuk kerajaan kerana bilangan kerusi yang di milikinya tidak lebih dari separuh kerusi DUN Perak. Walaupun DAP, PKR dan PAS bukan berada dalam satu pakatan yang di daftarkan secara sah tetapi gabungan atau campuran ini menguasai majoriti kerusi DUN Perak. Maka kerajaan Perak bukan lagi milik Barisan Nasional.

Walaubagaimana pun, demi memastikan gabungan atau campuran DAP, PAS dan PKR ini sesuatu yang kukuh, maka KDYMM Tuanku Sultan Perak telah meminta setiap ADUN dari pakatan yang tidak rasmi ini membuat perakuan bertulis bahawasanya mereka menyokong pakatan ini. Maka akhirnya Dato Seri Nizar telah di lantik menjadi Menteri Besar Perak oleh Tuanku Sultan setelah di syorkan nama oleh pakatan ini.

Bagaimana pun keadaan keadaan ini tidak kekal lama. Suasana kedudukan kerusi DUN Perak telah berubah. Ini berlaku setelah 2 orang ADUN dari PKR dan seorang ADUN dari DAP mengistihar keluar dari PKR dan DAP menjadi Bebas dan menyokong Barisan Nasional. Lihat kedudukan kerusi DUN Perak sepertimana jadual di bawah:-



Berdasarkan kepada jadual di atas Barisan Nasional masih lagi menguasai 28 kerusi di campur dengan 3 dari Bebas yang menyokong BN menjadi 31 kerusi. Manakala pakatan rakyat memiliki 28 kerusi. Maka pakatan rakyat telah hilang majoriti.

Apabila kedudukan ini berubah, dengan langsungnya kerajaan campuran atau pakatan rakyat yang menguasai DUN Perak yang di ketuai oleh Dato Seri Nizar telah hilang majoriti. Mengikut Undang Tubuh kerajaan Perak, Dato Seri Nizar mesti letak jawatan bila hilang majoriti berlaku. Tetapi beliau meminta untuk di bubar DUN. Tuanku Sultan tidak pekenan atas permintaannya. Ini kuasa mutlak Tuanku Sultan Perak.

Sebelum pakatan rakyat menerajui Kerajaan Perak, Tuanku Sultan telah meminta akuan bertulis dari semua ADUN PAS, PKR dan DAP untuk membuktikan sokongan kepada pakatan rakyat ini. Selepas kedudukan sokongan berubah, Tuanku Sultan telah memanggil 28 orang ADUN Barisan Nasional dan 3 orang ADUN Bebas mengadap dengan Tuanku Sultan dan Raja Muda Perak. 31 orang ADUN ini telah mengadap Tuanku Sultan dan Raja Muda iaitu dengan setiap seorang berjumpa dengan Tuanku Sultan dan Raja Muda. Bukannya berkumpulan.

Kalau dahulu Tuanku Sultan meminta secara akuan bertulis, kali ini Tuanku Sultan menerima akuan 31 orang ADUN ini secara lisan. Untuk berlaku adil, Tuanku Sultan telah berlaku adil. Setelah Baginda puas hati dengan pengakuan 31 ADUN ini, dengan sendirinya Dato Seri Nizar kena letak jawatan.

Susulan dengan ini, dengan majoriti berpihak kepada Barisan Nasional maka Barisan Nasional kini menjadi kerajaan Negeri Perak. Sepatutnya soal RAMPAS KUASA tidak timbul jika pekara ini di fahami.

Pekara yang perlu kita fahami :-

Tuanku Sultan mempunyai KUASA MUTLAK untuk melantik Menteri Besar dan membubar DUN.
Menteri Besar bukan jawatan di pertandingkan.
Menteri Besar tidak di pilih oleh rakyat, ianya di pilih oleh parti yang memerintah.


Pekara yang orang Melayu perlu tahu :-

DUN Perak mempunyai 59 kerusi.

Parti yang layak memerintah hendaklah memenangi sekurang-kurang 29 kerusi.

17 DUN di negeri Perak mempunyai pengundi berdaftar dari kaum Cina di antara 47% hingga 92.49% (rujuk kepada keputusan PUR12 Berita Harian 10 Mac 2008).

17 DUN ini pengundi Melayu hanya di antara 6.19% hingga 30% sahaja.

Jumlah Keseluruhan pengundi berdaftar dari kaum Melayu di Perak ialah 47% sahaja.

Jumlah kerusi DUN Perak yang di miliki oleh orang Melayu ialah 36 kerusi (gabungan kerusi oleh ADUN PAS, PKR dan BN-UMNO.

Dalam apa jua keadaan, orang Melayu perlu bersatu. Carilah titik yang mempunyai persamaan.

DAP yang memperjuang persamaan hak tetapi menentang Malaysia sebagai Negara Islam. Kita kena faham apa yang sebenar mereka mahu. Apabila persamaan hak mereka perolehi, kedudukan Melayu akan terpinggir. Percayalah!!! Kita Melayu mengharapkan pelbagai bantuan dalam penghidupan akan terjejas.

Ayuh bangsa ku! Kita tak perlu di jajah lagi!!!!!!!!
nota: Sewaktu Kelantan lebih hanya satu kerusi sahaja, tak bunyi pun bubar DUN.

1 ulasan:

  1. Sesungguhnya bangsa Cina berada dalam zon selesa di atas Tanah Melayu. Bangsa Melayu berpecah! Marilah kita rapatkan saf!

    BalasPadam

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab di atas ulasan yang tidak menyenangkan atau mengutuk mana-mana individu. Sebarang maklumat,pandangan,cadangan,komen dan artikel adalah diluar kawalan yang ampunya blog.Yang ampunya blog tidak akan bertanggung jawab dan menafikan segala sensitiviti bahan-bahan tersebut.