Apabila ADUN Penanti meletak jawatan atas sebab hendak tumpu pelajarannya, adakah ini satu jawapan atau alasan kepada perletakan jawatan itu. Secara umumnya tanpa melibatkan bekas Adun ini, wajarkah alasan ini di terima tanpa sesuatu pengajaran.
Rakyat kena fahami dan sedar antara jawapan dengan alasan. Boleh di terima akalkah perletakan jawatan seseorang ADUN itu kerana hendak tumpu kepada pelajaran dan keluarga??
Setujukah jika di katakan bekas ADUN Penanti itu seorang yang tidak bersedia untuk jadi ADUN? Setujukah jika di katakan beliau tidak faham tanggungjawab sebagai ADUN?
Sekiranya beliau faham tugas dan tanggungjawab beliau tidak berbuat demikian. Pemimpin bertanggungjawab ke atas pimpinannya. Mampukah dia hendak belajar lagi, sedangkan pekara asas ini pun beliau tidak begitu faham. Atas kapasiti apakah pimpinan parti yang di wakili itu memilih beliau menjadi calon kemudiannya menjadi TKM1?
Kesimpulan yang boleh di perkatakan di sini ialah beliau adalah makluk yang tidak mampu melakukan banyak tanggungjawab dan tidak boleh bekerja dalam tekanan dan perlu penyeliaan maksimum. Bolehkah kita memberi alasan letih selepas berjogging? Kalau tidak mahu letih jangan berjogging.
Kalau takut tidak ada masa dengan pelajaran atau dengan keluarga jangan jadi ADUN. Ini juga mengambarkan 'Time Managment" bekas ADUN ini OUT. Seseorang yang cekap, berwibawa dan berkarisma mampu berbuat demikian. Salah siapa?
Siapa yang menilai beliau untuk jadi ADUN dan TKM1? Penilai beliau juga seorang yang gagal dalam tugas. Siapa yang memutuskan beliau menjadi calon ADUN dan TKM1? Orang itu juga gagal dalam tugas. Sepatutnya mereka-mereka ini juga bertanggungjawab ke atas bekas ADUN ini juga!!!!
Dengan fenomena ini, wajarkah trend POLITIK ini di teruskan dan menjadi satu budaya POLITIK MALAYSIA. Pengajaran dari penjajahan yang hampir 500 tahun adakah di lupakan? Keperitan, kesusahan dan kepayahan untuk mendapat suara orang Melayu untuk bersatu di zaman penjajahan untuk mencari jalan untuk mencapai kemerdekaan adakah kita perlu di lupakan. Adakah ini pembalasan kepada datuk nenek moyang yang berjuang untuk kemerdekaan. Trend ini seolah-olah kesusahan yang di alami oleh pejuang kemerdekaan tidak di hargai.
Pencetus kepada perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu kemudian Malaysia ialah orang-orang Melayu. Penglibatan lain-lain bangsa berlaku hanya pada di hujung-hujung proses untuk mencapai kemerdekaan. Sejarah ini tidak boleh di padam !!!!!!
Kepercayaan rakyat yang memilih beliau untuk jadi wakil rakyat tidak di balas dengan baik dan rakyat yang memilih beliau juga sebenarnya tersilap memilih.
Isnin, 20 April 2009
2 ulasan:
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab di atas ulasan yang tidak menyenangkan atau mengutuk mana-mana individu. Sebarang maklumat,pandangan,cadangan,komen dan artikel adalah diluar kawalan yang ampunya blog.Yang ampunya blog tidak akan bertanggung jawab dan menafikan segala sensitiviti bahan-bahan tersebut.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Sesungguhnya inilah trend yang di bawa oleh Al-Juburi. Apakah ini trend yang di idamkan oleh rakyat?
BalasPadamSewaktu Dato Onn mencadang UMNO di buka kepada kaum, orang Melayu ketika itu menolak. Hari ini Al-Juburi telah menyempurnakan idea itu.
Persoalan sekarang, apakah perlembagaan tiap parti dalam pakatan rakyat boleh di terima ahli-ahli pakatan dan rakyat?
Orang Melayu dapat terimakah persamaan sejagat yang di perjuangkan oleh DAP?
Dap boleh terimakah perjuangan PAS?
Jika bukan Melayu menjadi Presiden PKR, adakah kedudukan orang Melayu di tanah ini terjamin?
Di zaman Mat Kilau dan Dato Bahaman berjuang menentang Inggeris, ada orang cina dan india turut serta?
Orang cina dan india muncul apabila Inggeris menetap syarat kemerdekaan. Sebelum tiada langsung!!!
Melayu BACUL sahaja yang tidak bersetuju dengan Ketuanan Melayu!!!!
Mak Su...drama nie tak habih lagi nie...nanti kita tengok sejauh mana pencapaian "pelajaran" FAURUZ ini..
BalasPadam